Monday, 25 January 2021

ISTERI YANG DILAKNAT ALLAH DAN PARA MALAIKAT.






Dia solat, dia berpuasa tetapi buruk kelakuan terhadap suaminya. Mengelak apabila diajak si suami ke tempat tidur, tidak memandang ia sebagai suatu hal yang penting yg di tuntut agama. Maka berkatalah Malaikat " laknat ke atas kamu dari malamnya hingga ke subuh hari".


Rasulullah SAW dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah Radhiallah RA bermaksud:


“Aku pernah bertanya kepada Baginda: “Siapakah orang yang paling berhak ke atas isteri ?”

Baginda menjawab: “Orang yang paling berhak kepada isteri ialah suaminya.”

Kemudian aku bertanya lagi: “Dan siapakah orang yang paling berhak ke atas suami?”

Baginda menjawab: “Orang yang paling berhak ke atas seorang suami ialah ibu kandungnya.”

-{Riwayat Bazar dan Al-Hakim}


Dalam sebuah hadis yang lain pula Baginda bersabda bermaksud:


“Sekiranya aku dibenarkan untuk memerintahkan seseorang bersujud kepada orang lain nescaya aku perintahkan seorang isteri bersujud kepada suaminya.”

-{Riwayat Tirmizi dab Ibnu Hibban}


Kita jangan keliru, apabila wanita disebut sebagai isteri, bukanlah untuk merendahkan taraf wanita itu. Ia adalah sebagai suatu jaminan hak supaya mereka itu dipelihara, dilindungi dan dibela dengan baik oleh suami.


Antara sebabnya ialah mudahnya si wanita bergelar isteri melakukan kederhakaan kepada suaminya. Mungkin tak sedar, tetapi begitulah manusia, sering terbabas ke kancah khilaf akibat nafsu, hasutan dan kejahilan dirinya sendiri.


Wahai isteri, sesungguhnya kedudukan si isteri adalah bersama suaminya. Betapa buruk dan teruk pun suami itu, adalah tanggungjawab isteri untuk menghormati dan memperbetulkan kesilapan si suami jika kelakuannya menyalahi syarak. Ingatlah syurga bagi isteri adalah terletak pada keredhaan suaminya sendiri.


Jika ada para isteri yang tidak menunaikan tanggungjawabnya kepada suami dengan sebaik-baiknya, dan menganggap tanggungjawab terhadap suami itu hanya membebankan dan menyusahkan dirinya, maka isteri yang sedemikian itu dikhuatiri termasuk di dalam kategori isteri yang derhaka atau nusyuz.


Apakah ciri atau tanda isteri yang derhaka itu? Ini perlu diketahui semata-mata untuk dijadikan langkah waspada agar para isteri terhindar daripadanya. 


Terdapat 7 tanda-tanda awal isteri derhaka kepada suami:


1. Menghina atau mengumpat suami.

Bersifat amanah iaitu menjaga maruah diri sendiri sebagai isteri dan menjaga maruah suami terutama di dalam perkara-perkara rahsia peribadi dan rumah tangga. Isteri ialah orang yang paling hampir kepada suami yang tahu segala kekurangan dan kelemahan suaminya.


Membuka rahsia suami atau menyebarkannya akan menjejaskan kewibawaan suami, sekali gus menggugat keharmonian rumah tangga kerana suami telah hilang kepercayaan terhadap isteri. Jika membuka rahsia suami dianggap menjejaskan kewibawaan suami, apatah lagi menghina atau mengumpat suami. Kini betapa ramai isteri sedemikian bahkan menghebahkan di media sosial dan dada dada akhbar.


2. Mengherdik suami dan menceritakan kelemahan serta kekurangan suami pada orang lain.Sifat ini terlalu berat dan buruk untuk ditanggung oleh seorang suami. Si isteri tidak sepatutnya dalam apa keadaan sekalipun mengherdik suami dan menceritakan kelemahan serta kekurangan suami pada orang lain. Apakah ia lupa si suami mencari nafkah makan minum dan tempat tinggal buatnya selama ini?


Adalah sepatutnya kita sebagai isteri sentiasa bersedia untuk menggembirakan hati suami, sama ada dengan tingkah laku yang menawan, tutur kata yang menjadi penawar serta perhiasan diri zahir dan batin.


Rasulullah SAW bersabda:


“Tiada faedah yang paling baik diperoleh seorang mukmin (suami yang beriman) selepas bertaqwa kepada Allah azza wa jalla selain isteri yang solehah.”


3. Isteri keluar rumah tanpa kebenaran suami.

Sabda Rasulullah SAW:


“Apabila perempuan keluar rumah, sedangkan suaminya membencinya, dia dilaknat oleh semua malaikat di langit, dan semua apa yang dilaluinya selain daripada jin dan manusia sehingga dia kembali.”

-{Diriwayatkan oleh Thabarani di dalam al-Awsat}


4. Isteri mendoakan kecelakaan buat suami. Isteri yang solehah adalah isteri yang sentiasa mendoakan kebaikan, kesejahteraan dan rahmat Allah swt bagi suaminya dan bukannya sebaliknya.


5. Membenci kegemaran suami.

Mengakui dan menerima kenyataan bahawa suami adalah ketua di dalam kepimpinan keluarga sesebuah rumah tangga. Tiada siapapun yang menyangkal bahawa suami telah diberikan kelebihan satu darjah daripada isteri.


Satu kurniaan Allah SWT yang meletakkan suami bertanggungjawab menjaga serta mengawal keselamatan dan kesejahteraan perjalanan hidup keluarganya di dunia dan akhirat serta suami wajib memberi nafkah isteri dan anak-anaknya. Sememangnya ada ketika dan masa kita rasa kehendak kita sebagai isteri tidak dipenuhi sewajarnya. Namun yang demikian itu, tidak bermakna kita dengan sewenang-wenangnya berhak menafikan kesukaan atau kegemaran si suami yg tidak bertentangan syarak. 


Firman Allah SWT yg bermaksud:


“Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian daripada harta mereka.” -{An-Nisa: 34}


6. Menjadi tekanan kepada suami.

Tidak dinafikan keadaan ekonomi hari ini adakalanya mampu memberi impak besar kepada sesebuah institusi kekeluargaan. Namun begitu, si isteri perlu bersikap bijaksana dan rasional dalam mentadbir harta benda suami tanpa membazirkannya.


Jangan meminta sesuatu yang di luar kemampuannya kerana hal yang demikian akan menyebabkan tekanan dan ketegangan di dalam kehidupan suami. Di samping itu juga, adalah lebih baik jika si isteri sama-sama membantu menguruskan rumahtangga agar ini dapat mengurangkan tekanan kepada si suami. 


Sabda Rasulullah SAW, mafhumnya


“Apabila suami menyuruhnya, ia mentaatinya. Jika suami memandangnya ia menggembirakan hati suaminya. Sekiranya suami bersumpah, ia memenuhi sumpah suaminya itu. Apabila ia keluar kerana bertugas atau berjuang, ia menjaga maruahnya dan maruah suaminya serta menjaga harta benda suaminya dengan cara berjimat cermat membelanjakannya.

-{Riwayat Ibnu Majah}


7. Mengungkit-ungkit janji suami.

Redha dan bersyukurlah dengan setiap pemberian suami. Sesungguhnya itulah nikmat dan rezeki yang terbaik bagi isteri.


Sabda Rasulullah SAW, mafhumnya


“Aku lihat api neraka, tidak pernah aku melihatnya seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya. Telah aku saksikan kebanyakan ahli neraka ialah wanita.

Rasullullah SAW ditanya: “Mengapa demikian ya Rasulullah?”

Baginda menjawab: “Wanita mengkufurkan suaminya dan mengkufurkan ihsannya. Jikalau engkau berbuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia masih belum merasa berpuas hati dan merasa cukup.”

-{HR Al-Bukhari}


Dalam hadis yang lain Rasulullah SAW bersabda dan bermaksud:


“Kebanyakan ahli neraka adalah terdiri daripada kaum wanita.”

Maka menangislah mereka dan bertanya salah seorang daripada mereka: “Mengapa terjadi demikian, adakah kerana mereka berzina atau membunuh anak atau kafir ?”

Baginda menjawab: “Tidak, mereka ini ialah mereka yang menggunakan lidah menyakiti hati suami dan tidak bersyukur akan nikmat yang disediakan oleh suaminya.”

-{HR Muslim}


Wallahualam. 

Saturday, 23 January 2021

FAKTA MENGENAI POKOK BUNGA SEROJA

 


Ramai menyangka seroja sering kali dianggap sebagai tanaman yang sama dengan teratai. Padahal keduanya sangat berbeza. Seroja atau lotus merupakan tanaman dari genus Nelumbo sedangkan teratai bergenus Nymphaea.

Secara pandangan dengan mata kasar kedua jenis tanaman ini boleh dibezakan. Ia dibezakan dengan ujudnya bunga dan daun seroja yang selalunya berada di atas permukaan air (tidak mengembang) sedangkan pada teratai bunga dan daunnya mengembang di permukaan air. 

Apakah dia manfaat bunga seroja ini? Adakah nilai komersil lain selain daripada untuk lambang keagamaan?.Tumbuhan seroja atau lotus sering kali dimanfaatkan sebagai tanaman hiasan untuk mencantikan landskap taman atau premis tertentu.

Selalunya ia adalah tanaman penting sebagai penghias kolam ditaman atau depan rumah. Rizomnya memang boleh dimakan dan bahagian bijinya boleh diproses menjadi tepung untuk dijadikan bahan makanan. Seroja berbunga sepanjang tahun.

Seroja merupakan jenis bunga yang paling kerap digunakan sebagai simbol dalam agama Hindu mahu pun Buddha. Terdapat kepercayaan yang bunga seroja tumbuh di atas tapak kaki Gauthama Buddha sehinggakan ia dikatakan bunga yang suci. Dikatakan juga roh Buddha berada di tengah-tengah kelompak bunga itu.

Di China bunga seroja yang tumbuh di atas lumpur dan permukaan air serta menghasilkan bunga yang amat cantik dan digunakan untuk nama-nama perempuan dalam masyarakat mereka.

Bunga seroja ditakrifkan sebagai lambang kebijaksanaan dan pencerahan. Adalah dipercayai, bunga seroja dibawa ke Mesir melalui ekspedisi-ekspedisi raja dan ratu Mesir ke Nusantara.

Seroja sering dilihat sebagai bunga yang disucikan dan dihormati oleh agama misteri Firaun dan motif bunga ini diukir di dinding kuil selain ditanam di taman-taman diraja.

Antara ciri-ciri tumbuhan bunga seroja secara umum terdiri daripada bahagian akar, rizom, daun, batang dan bunga. Bahagian akar dan rizom seroja selalunya akan berada dalam lumpur tanah di dasar kolam atau pasu besar.

Dari rizom ini muncul beberapa tangkai yang panjangnya hingga mencapai 1.5 meter yang menjalar. Terdapat tangkai rizom seperti berbentuk tabung dengan rongga di tengahnya semacam pelampong.

Kemudian dari ujung tangkai inilah kemudian keluar daun yang muncul di atas permukaan air.

Daun seroja adalah berbentuk lingkaran seakan ia bergelombang di bahagian tepi dengan urat daun terkumpul di tengah-tengahnya serta permukaannya atas daun berlapiskan lilin.

Ukuran lebar atau diameter daunnya dapat mencapai hingga 60 cm. Jika diperhatikan dengan teliti bahagian bunga seroja atau lotus muncul di atas permukaan air dengan tangkai yang kukuh dan kuat membentuk jambak bunga.

Bunganya berwarna menarik yang terang berwarna putih bersih, kuning atau merah jambu dengan ukuran diameter bunga sekitar 20 cm.

Bijinya kaya dengan tepung sehingga boleh dimakan atau diolah menjadi bahan makanan. Biji yang direbus, dihaluskan dan dicampur gula menjadi isi kuih bulan.

Tanaman dapat berkembang biak daripada biji yang sudah tua atau melalui keratan batang. Seroja dapat ditanam di dalam pasu berisi tanah berlumpur yang berair.

Di negara China, biji yang masih muda dijadikan minuman pengganti teh. Bahagian yang berlubang-lubang seperti sarang lebah dijual dalam bentuk kering sebagai pelengkap dalam seni menggubah bunga kering.

Daunnya lebar sehingga sering digunakan sebagai pembungkus, terutama pembungkus ikan di pasar tradisional sebelum penggunaan beg plastik menjadi popular.

(artikel di salin semula daripada http://anjungwaliman.blogspot.com/2020/01/feu.html?m=1 )

Friday, 25 December 2020

ANAK ANUGERAH DAN AMANAH ALLAH

Gambar sekadar hiasan 


Tajuk khutbah : ANAK ANUGERAH DAN AMANAH ALLAH

Disampaikan oleh guru kami Ustaz محمد شافعي بن عبدالرحمن

25 Disember 2020 (10 Jamadil Awal 1442)


1) Firman Allah Surah Al-furqon/74 bermaksud: "Dan juga mreka (yg diridhoi Allah itu) ialah orng2 yg berdoa dgn berkata: Wahai Tuhan kami! Berilah kami beroleh dari isteri2 dan zuriat keturunan kami perkara2 yg menyukakn hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orng yg mahu bertaqwa". 


2) Anak2- anugerah dan amanah dpd Allah; saham akhirat jika soleh;

nilai yg berharga bagi kepimpinan negara d masa hadapan; jika d abai akn menjadi anak derhaka; kesan buruk pd klga msykat & negara; anak yg baik akhlak impian setiap ibu bapa. 


3) Doa Nabi Zakaria spt Firman Allah Surah Ali-imran/38 bermaksud: "Ketika itu Nabi Zakaria AS berdoa kpd Tuhannya: Wahai Tuhanku! Kurniaknlah kpd aku dari sisi Mu zuriat keturunan yg baik, sesungguhnya engkau sentiasa mendengar (menerima) doa permohonan". 


4) Anak2 d lahirkn dlm keadaan fitrah- suci & bersih zahir batin; ibu bapa yg mencoraknya; anak soleh amat bermanfaat kpd ibu bapa. 


5) Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Apabila mati seorang anak Adam maka terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yg bermanfaat dan anak yg soleh yg mendoakanny". 

(HR: Imam Muslim) 


6) Membina perilaku anak- sejak dlm kandungan; bimbingan setelah lahir; pelihara penuh kasih sayang;  ambil berat perkembangan pembesarannya; seru dirikn solat; tanam keimanan aqidah & akhlak; tunjuk ajar & contoh yg baik berlandaskn ajaran islam. 


7) Sabda Rasulullah SAW  bermaksud: "Perintahkanlah anak2 kamu utk melaksanakan solat apabila sudah mencapai umur 7 tahun. Apabila sudah mencapai umur 10 tahun maka pukullah dia apabila tidak melaksanakannya serta pisahkan tempat tidur mreka". 

(HR: Imam Abu Daud) 


😎 Didikn anak meningkat remaja- dgn cara bersahabat; kongsi pandangan; hormati pendapatnya; beri t/jwb urus kehidupan diri. 


9) Didikan anak meningkat dewasa- beri kebebasan bertindak & buat keputusan; tegur secara hikmah jika silap; pantau pergaulannya; bersahabat ke arah kebaikan; tidak menyimpang dari islam; libatkn diri dlm masyarakat. 


10) Lain2 t/jwab ibu bapa- pastikn anak2 hidup selesa d masa hadapan; punya keimanan yg teguh; jati diri yg kuat; beri didikn agama; semai budi pekerti & akhlak mulia; tidak terpengaruh pemikiran & budaya tidak sihat; tidak cemar maruah klga. 


11) Seruan mimbar- didik anak sebaik munkin; bimbing dgn kehidupn beragama; amanah Allah yg akn d persoalkn d akhirat. 


12) Firman Allah Surah Al-anfal/28 bermaksud: "Dan ketahuilah bahawa harta benda kamu dan anak2 kamu itu hanyalah menjadi ujian dan sesungguhnya di sisi Allah jualah pahala yg besar". 

                                

                     بارك الله لي ولكم ....