Friday, 7 December 2012

terima kasih

disaat aku dilahirkan
tekanan menyelubungi jiwa
perasaan yang berkecamuk
membelenggu nurani ibu

disaat aku membesar
aku hanya bertemankan atok dan nenek
tanpa ibu dan ayah
yang jauh tanpa disisi

atok dan nenek
gelak tawa tangisan masalah
perangai aduan 
hanya mereka dan Allah SWT yang tahu
tiada rahsia yang dirahsiakan
melainkan yang patut didiamkan

kini
disaat aku sudah menjadi manusia
aku ucapkan
terima kasih ibu dan ayah
kerana melahirkan aku
terima kasih ibu dan ayah
kerana menyerahkan aku kepada yang lain
terima kasih ibu dan ayah
kerana menjadikan aku pandai berdikari,
pandai berfikir sendiri,
pandai hidup sendiri.



No comments:

Post a Comment