Assalamualaikum,
(Entry kali ini khas ditujukan buat kaum wanita)
AURAT. Apa itu aurat? Dari
segi bahasa ialah keaiban. Manakala dari segi istilah syarak ialah pada
bahagian-bahagian tertentu tubuh manusia yang wajib ditutup.
Alhamdulillah. Bagi wanita yang dulunya free hair, tetapi sekarang
sudah berhijab(tudung)..cukup indah bila melihatnya. Apa yang berlaku ini
dinamakan hijrah. Hijrah itu pula bermaksud pengorbanan. Jadinya, pengorbanan seorang muslimah yang
dahulunya tidak menutup aurat dengan sempurna, dan sekarang sanggup berhijrah
kea rah lebih baik yakni berhijab.
Namun, ramai diantara kita yang hanya tahu memakai hijab tetapi
tidak menutup auratnya dengan sempurna dan masih memperlihatkan aurat-aurat
mereka. Hah..? macam mana pula semua itu
boleh berlaku? Bukankah sudah berhijab.,tetapi kenapa dikatakan masih
memperlihatkan aurat?
Baiklah, insyaa-Allah saya akan menjelaskan. Jika dilihat pada zaman
ini, kebanyakan wanita suka memakai pakaian yang menjolok mata dan yang
menampakkan aurat walaupun dalam masa yang sama mereka berhijab. Jadi, apakah
kesalahan mereka?
Seluar yang ketat, bersama baju yang menampakkan susuk tubuh dan
dipadankan bersama hijab yang menutupi rambut mereka. Boleh anda bayangkan?
Ataupun..,
Baju kurung moden yang sekarang kebanyakannya menampakkan susuk
tubuh dan dipadankan bersama hijab yang cantik tetapi digayakan sehingga
menampakkan aurat yang wajib ditutup yakni dada. Boleh anda bayangkan?
Ataupun..,
Berbaju kurung yang longgar tetapi amat nipis sekali yakni jarang
sehingga nampak kulit didalam dipadankan pula dengan hijab yang digayakan
sehingga menampakkan timbulan dada. Boleh anda bayangkan?
Didalam islam, wanita yang berpakaian seperti diatas diistilahkan
sebagai berpakaian tapi bertelanjang. Islam mensyariatkan supaya aurat wanita
yang wajib ditutup ialah seluruh tubuh kecuali muka dan telapak tangan. Dan
segala yang ditutup itu haruslah tidak memperlihatkan susuk tubuh ataupun
bentuk badan seseorang itu. Samalah seperti yang situasi yang disebut diatas
tadi.
Wanita, pakailah pakaian yang longgar dan labuh agar pandangan mata
sang adam tidak memikirkan yang bukan-bukan, kerana jika mereka memikirkan yang
bukan-bukan maka berdosalah mereka dan juga kamu. Apa kah dosanya? Dosa
mereka(kaum adam) kerana melihat aurat wanita. Dan berdosalah wanita kerana
sengaja memperlihatkan aurat yang sepatutnya dilihat oleh yang halal sahaja.
sekian,
No comments:
Post a Comment