aku melewati malam-malam sepi tanpa bintang,
disaat memikirkan kemana hilangnya sinar,
meratap dek kerana buasnya nafsu,
lalu datang suara berbisik,
bercerita azab di sebuah kehidupan,
yakni permulaan hidup jiwa yang berjuta.
ahhhh.... aku lelah,
penat dengan dunia samaran,
meratap dek sesuatu yang sia-sia,
tanpa mendapat markah yang berganda,
dimana aku nie.?
bagaimana hidup aku ini.?
terleraikah sempurna yang diinginkan.?
kiamat hampir,
dan aku masih kosong,
menari di anjung kejahilan,
namun terasa biasan keinsafan,
menangis lagi mengharap pengampunan,
agar melekat manisnya iman.
tiba waktu itu,
disedarkan kaum yang aku hina,
aku bertatih seribu kearah-Nya,
menitis laju zikir kerinduan,
tanpa memicing panorama di belakang,
istiqamah dalam genggaman mujahidah,
agar dilerai nafsu buas semalam.
di anjung kejahilan ini,
memaparkan berjuta jiwa yang pelbagai,
menyiram ucapan nista lagi sopan,
adakah kerana hinanya istiqamah.?
atau belum puas menari di anjung kejahilan.?!
redha, secebis kain diwajah menjadi benteng,
mengelak fitnah namun datang pula dugaan,
mana pernahnya kita dilepas dugaan,
sentiasa datang tanda sayang,
dengarnya rintihan tanda kerinduan.
datangnya semangat tanpa diundang,
dengan dipaksa perginya lelah,
ku pohon hidayah melekat bersama iman,
pakaian besi taqwa menjadi perisai,
....mujahidah Allah.
No comments:
Post a Comment