Saturday, 22 February 2014

#Kenapa kita berhijrah?


Ramai yang sudah berhijrah menyatakan mereka berubah kerana nak capai redha dan ada juga yang berkata mengapa harus bersembunyi di sebalik cahaya sedangkan cahaya tidak membahayakan.
Perghijrahan itu biarlah lillahitaala bukan linnafsi. Baru rasa walau banyak dugaan hati masih kuat nak berubah dan istiqomah.

Linnafsi tu maksudnya demi kepentingan diri sendiri. Contohnya  sanggup berniqab semata2 nak tarik perhatian lelaki. 
Ingatlah sesiapa yang berhijrah kerana Allah dan Rasul-Nya , dia akan smpai pada Allah dan Rasul-Nya. Sesiapa yang berhijrah menuju dunia yang akan diperolehinya atau menuju wanita yang hendak dinikahinya , dia akan mendapatkan apa yang diniatkan.
Ramai memberitahu susah nak istiqomah bila berhijrah ni.

ukhuwah fillah,
team hijrah johor
Istiqomah bukan hasil dari perubahan seminit dua tapi perbuatan yang dilakukan secara konsisten walau sedikit.Antara sebab susah nak istiqomah ialah tiada persekitaran yang menyokong. 
Kuatkan diri dengan sentiasa muhasabah diri, dekatkan diri dengan sahabat2 yang sokong kita yang boleh ingatkan kita tentang keindahan syurga dan manisnya iman.

event team hijrah johor, tour to batu pahat.

Sesungguhnya orang yang menyatakan : Tuhan kami adalah Allah , kemudian mereka tetap istiqamah maka tidak ada kekhuatiran terhadap mereka dan tidak pula mereka berduka cita.
Apa yang penting harus sabar seperti pesanan 
Ibnu Qayyim Al Jauziyah
"Sabar itu ialah apabila hati tidak merasa marah terhadap apa yang telah ditakdirkan dan lidah tidak mengeluh."

wallahualam. 
#usrahGtl  
#copypaste

No comments:

Post a Comment