Sunday, 27 April 2014

#Allah uji sbp nk tau..?

SALAH, mereka yang mengatakan Allah Menguji SEBAB NAK TAHU KITA NI SABAR ATAU TIDAK..kerana orang akan MENGUJI jika dia TIDAK TAHU,dia tidak pandai,dia Jahil.org yg cakap macam ni kalau dia sudah tahu maka dia telah hina Allah Ta^ala,maka terkeluar daripada islam(Murtad)
SALAH SEPERTI GAMBAR DIBAWAH.

Huraian serta penjelasan Ulama' besar Tanah Melayu kita iaitu Asy-syaikh zainul ^Abidin Al-Fathani,di dalam Kitab ^Aqidatun Najin Fi ^ilmi Usuliddin,m/s 28,baris 7dari atas.
lebih kurang ruminya ,
(Dan kata) Musannif.
(kata pengarang Kitab Matan Sanusi, iaitu imam Sanusi Rahmatullah ^Alaihi.
Dan Bermula ^ilmu.
ertinya,yang ketiga dari sifat Ma^ani itu, ^ilmu
ertinya,mengetahui.
yaitu,sifat yang Maujudah (Ada), yang berdiri ia dengan zat Allah Ta^ala, yang berTa^alluq (berhubungkait/berkaitan) ia dengan sesuatu,atas wajah meliputi dengan dia,atas barang yang ia dengan dia,tiada terdahulu sembunyi.
(Ayat diatas ini membawa maksud,bahawa Allah Ta'ala mengetahui segala perkara secara terperinci sebagaimana hal keadaan sebenar suatu perkara,Tidak ada perkara yang terselindung bagi Allah. Jika ada sesuatu perkara itu terselindung dan tidak diketahui sama ada perkara itu benar atau tidak,Maka,inilah yang dinamakan JAHIL.
Maka,diketahuiNya akan yang dahulu,dan yang lagi akan datang,dan yang sekarang,dengan ilmunya yang satu.
(pengetahuan Allah Ta^ala itu meliputi masa lepas,sekarang dan masa Hadapan.

Maka,diketahuiNya barang yang didalam tujuh petala langit,dan yang didalam tujuh petala Bumi,hingga suatu yang amat tersembunyi,sperti kaki semut yang hitam,berjalan di atas bahu yang hitam,di dalan malam yang sangat kelam.

Dan,DiketahuiNya pula, barang yang terlintas pada hati seseorang,dan barang barang yang memandang Oleh Mata.
(Allah juga mengetahui apa yang terlintas di dalam hati kita dan juga apa yang dipandang oleh kita.

Maka,diketahuiNya yang Majud(Ada) Ma^dum (Tiada)
(Bukan setakat Allah mengetahui perkara yang wujud sahaja, Perkara yang tidak wujud juga Allah Ta^ala Mengetahuinya.

Maka,Tiada dikatakan ilmuNya itu mudah,dan payah dan usaha,dan nazar,yakni tilik,dan fikir.
(Adalah sesuatu yang Mustahil bagi Allah untuk tilik tilik(tengok-tengok) HambaNya. Ini akan membawa makna, bahawa Allah Ta^ala tidak tahu sebahagian perkara.Sedangkan,Allah Ta^ala itu mengetahui segala perkara walaupun ia tersembunyi.

MAKA KATA-KATA DIDALAM GAMBAR INI SALAH.

No comments:

Post a Comment