.
"jangan kau ingat dengan tudung kau, baju labuh jubah kau, baju kurung kau, sarung tangan kau, stokin kau, akan dapat balik dara kau yang hilang."
.
memang setiap dari helaian benang menjadi kain yang menutupi badan perempuan itu tidak akan mengembalikan kesuciannya yang hilang kerana kesalahan dan ketelanjurannya dahulu
.
namun kau wahai manusia, sungguh lantang berkata-kata. bagaimana jika perempuan itu saudara sedarah mu mahupun bakal isteri mu..? tegarkah kau mendengar bait-bait hinaan tersebut..?
.
terkadang manusia lupa bahawa mereka tidak lepas dari melakukan dosa. mereka yang tinggi ilmu agamanya juga terkadang turut sama membaling tepat tamahan dan cacian
.
mana perginya sifat ilmu yang kau pelajari wahai perindu Sunnah Kekasih Allah Muhammad SAW wahai pencinta Rabb yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani..?
.
inikah pejuang agama.? inikah daie..? inikah manusia yang lidah dan bibirnya sentiasa basah dgn kalimah yang mengagungkan Allah dan agama..?
.
beramallah dengan apa yang engkau sampaikan wahai insan yang punya kelebihan yang jauh dari maksiat yang sentiasa dilindungi Allah dari kerosakan diri
.
mengapa aku mempertahankan bekas pelaku maksiat itu..? kerana mereka juga adalah hamba yang masih mem[unyai peluang untuk mencapai nikmat syurga setelah bergelumang dengan hitamnya dosa dan maksiat dengan taubat yang sebenar-benarnya,
.
hulurkan bantuan bukan lemparkan tomahan
.
sekian
( copy paste dar sahabat fb )
semoga bermanfaat.
No comments:
Post a Comment