disaat aku mula berhijrah,
aku kuatkan diri,
untuk tidak berpatah balik ke dunia lama.
.
.
aku tahu, dunia lama itu
menyakitkan jika aku teruskan.
kerana aku bakal membunuh jiwa aku sendiri.
.
.
aku wajib berubah.
dugaan memang ada,
tapi... hiraukan.
.
.
langkahan kaki aku teruskan juga.
aku terus berbicara dengan Tuhan,
bermohon agar terus menjadi yang lebih baik dari semalam.
.
.
ya..kau lihat aku baik,
sempurna seperti malaikat.
hakikatnya Allah yang menutupi aib aku.
.
.
jika kau tahu kejahatanku,
pasti kau lari kerana tidak mahu terpalit najis-najis maksiat aku dahulu.
.
.
sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyanyang.
No comments:
Post a Comment