Thursday, 16 April 2015

Dukacita Rasulullah Saw Yg Berpanjangan.

Assalamu'alaikum wa rahmatullahi wa barokatuh,


اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم،
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم،
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم



Rasulullah S.A.W pernah mengalami kesedihan, kerisauan, kedukaan, 
keputusan dan ketidak pastian selama sebulan penuhnya.
Di dalam bulan yg penuh kedukaan ini, 
kehormatan dan harga diri keluarga Rasulullah S.A.W telah dipijak2 oleh org2 munafik.


Dalam tempoh sebulan itu juga, 
baginda hidup dlm kerisauan dan ketidakpastian, 
baginda tidak makan kecuali sedikit dan 
tidak tidur hanya beberapa ketika shj mjelang subuh.

Musuh2 x pernah berhenti meninggalkan baginda didlm keadaan tenang. 
Berbagai2 cara dan usaha mereka terus lakukan utk merosakkan fizikal dan harga diri baginda.


Sehinggalah fitnah tersebar luas mgenai Isteri baginda iaitu 
Aisyah dan Shafwan utk mjatuhkan kehormatan keluarga Rasulullah S.A.W.
Secara kebetulan Aisyah rha jatuh sakit setelah pulang drpd perjalanan tersebut. 
Tidak seperti biasanya sikap Rasulullah S.A.W yg bersikap sangat ramah, 
lembut, mesra dan mengusap kepalanya jika ia sakit.



Tapi kali ini tiada lagi keadaan 
Rasulullah S.A.W yg bertanya Aisyah rha dgn kelembutan, 
tiada lagi belaian kasih sayang drpd Rasulullah S.A.W.

Oleh yg demikian Aisyah rha memohon utk pulang ke rumah ibubapanya.
Disana Aisyah rha jatuh sakit sbulan penuh dan masa yg sama
 telah ditangisi oleh ibubapanya juga.
Selepas sembuh dari sakitnya, ia bertemu dgn Ummu Mistah 
dan telah diberitahu kpd Aisyah rha mengenai berita tentang diri nya 
telah tersebar luar di Madinah.


Setelah mdengar kata2 Ummu Mistah itu, Aisyah rha tidak 
berkuasa menahan tangisnya dan diikuti dgn Ummu Mistah 
pun ikut menangis kerananya.
Sejak itu Aisyah rha x pernah tidur nyenyak setelah berita itu
 dan akhirnya Aisyah rha jatuh sakit sekali lagi dan lebih parah drpd sakit sebelumnya.
Rasulullah S.A.W juga mengalami kesedihan yg luar biasa
 dan juga merindukan turunnya wahyu drpd Allah Azza Wa Jalla. Wahyu yg amat dinanti2kan tidak kunjung datang,  sementara Rasulullah S.A.W sudah tidak 
tahan lagi menanggung beban kesedihan tersebut.


Rasulullah S.A.W pergi ke rumah Aisyah rha dan berkata 

"wahai Aisyah rha, jika engkau tlh terlanjur mlakukan dosa, 
segeralah mmohon ampun kpd Allah dan bertaubatlah kpd Nya.  Sesungguhnya Allah Maha menerima taubat orang yang bertaubat kpd Nya."

Dan berkata lagi, " Tetapi jika engkau mmg tidak melakukannya, 
maka Allah akan membebaskanmu dari tuduhan keji tersebut"


Semua org yg ada diruangan itu membisu, sehingga lah Aisyah rha berkata 

" Ya Rasulullah S.A.W, demi Allah tidak ada yg dapat aku katakan utk mjawab kata2mu kecuali sbagaimana telah dinyatakan oleh ayah Nabi Yusuf.

" kalau demikian, bersabarlah aku dgn sbaik2nya dan Allah jualah yg  dipohonkan pertolongan Nya mengenai apa yang kamu katakan itu"

Aisyah rha berkata lagi 
"Jika aku benar, maka Allah Azza Wa Jalla akan mbebaskan aku"  

kemudian menangis sejadi2nya.
Dlm masa itu wahyu pun turun dari langit sehingga baginda pun berbaring.

 Wahyu itu berisi pbebasan Aisyah rha dari tuduhan keji yang dilontarkan org2 munafik kpdnya.
Apabila bila selesai wahyu turun, 

Rasulullah S.A.W duduk lalu bersabda "wahai Aisyah rha bergembiralah sbb Allah Azza Wa Jalla telah membebaskanmu"


Alhamdulillah, smua mereka bergembira kerananya terutama Aisyah rha, lalu berkata 
" Aku tidak myangka Allah akan menurunkan dari langit ayat yg membebaskan aku."


# inilah hasil kesabaran org2 soleh atas musibah yang menimpa dirinya.
# Seorg Islam x akan terlps dari hinaan, tusuhan dan cubaan di dunia ini. Semakin tinggi darjat di sisi Allah Azza Wa Jalla semakin sering ia mdpt ujian dariNya.
# Bersikap bijaksana dlm  mghadapi masalh atau urusan dan tidak terburu2 merupakan kemestian bg pendakwah.
Hebatnya ujian yg  melanda Rasulullah S.A.W dan Aisyah rha. Bagaimana kita kalau diuji sedemikian rupa .???




Mudah2an Allah Azza Wa Jalla menguatkan akan 
keteguhan dan kekuatan iman kpd
 kita yg di timpa ujian demi ujian. 

No comments:

Post a Comment