1. apabila seorang perempuan mengandung didalam rahimya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1000 kejahatan.
2. apabila seorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang berjihad di jalan Allah SWT.
3. Apabila seorang perempuan melahirkan anak, hilanglah dosa-dosanya seperti keadaan ia baru dilahirkan.
4. Apabila telah lahir anaknya lalu disusuinya, maka bagi ibu itu setiap setegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
5. Apabila semalaman si ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.
6. Rakaat solat wanita yang sedang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
7. Wanita yang memberi air susu (ASLI) kepada anaknya dari dirinya sendiri akan mendapat satu pahala bagi tiap-tiap titis susu yang diberikan.
8. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anaknya yang sakit akan diampunkan oleh Allah SWT seluruh dosanya dan apabila ia menghibur hati anaknya Allah SWT memberi 12 tahun pahala ibadah.
9. Wanita yang hamil akan dapat pahala terus berpuasa pada siang hari.
10. Wanita yang hamil akan dapat pahala terus beribadah pada malam hari
11. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa, serta kesakitan pada 1 uratnya Allah SWT mengurniakan 1 pahala haji.
12. Sekiranya wanita mati di masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dianggap mati syahid.
13. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2,5 tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
14. Jika wanita memberi susu dirinya pada anaknya yang menangis, Allah SWT akan memberi pahala 1 tahun solat dan berpuasa.
Subhanallah. betapa mulianya "status" wanita hamil, tentunya dengan jalan kehamilan yang diredhai oleh Allah SWT, bukan dengan cara/jalan kehamilan yang tidak disukai-Nya.
No comments:
Post a Comment