Alhamdulillah..setelah sekian lama x hapdet papew..kalinim ambe dtg (dr mana lah agaknyer.. haha) ntk mceritakan mengenai majlis perkahwinan ambe yang alhamdulillah seperti yang ambe inginkan.
Selepas 6 bulan 2 mggu (beh kurang r) majlis pernikahan ambe di negeri Pahang, kami suami isteri memilih tarikh 5 sept 2015 sebagai tarikh walimatul urus kami. Bermodalkan hantaran 5 ribu, dan campur dengan duit ambe 2 ribu(lebih kurang lah),majlis selamat dijalankan.
kebanyakan urusan majlis ambe serahkan pada paksu ambe untuk uruskan. Makanan, goodies, marhaban di pagi majlis, canopy dan set PA system yang last2 minit disewa. huuu..
Makanan, rewang oleh orang2 kampung. ingat2lupa apa lauknya. yang ambe ingat, kerabu silum (org johor panggil urap), ikan masin, sambal belacan, ayam goreng pahtu apa lagi ntah.
Goodies plak... air kotak, keropok kentang, dan gungkusan kecil gula2(yang nim makcik sponsor). manakala untuk goodies rewang ditambah dengan jag air yang kecil. Dan goodies untuk rombongan plak ditambah dengan bunga telur warna pink dan biru.
Marhaban di pagi majlis... kebanyakan yang dah berusia. huu... paling muda pown maybe dalam 30 lebih agaknya umur. huu.. lepas tu bagilah goodies yang berisi bunga telur uh.
Canopy ... Paksu ambe sewa dalam 7 buah. 6 buah di depan, 1 di belakang untuk masak2. warna biru kegemaran suami. nasib bek tak amik pink sebap baju ambe biru. huu..
PA system plak kisahnya.. Paktam nak sponsor,pkai yang dia punya jewp. tapi 3 hari sebelum majlis, paktam n anak sulung dia kemalangan pulak. paktam patah rusuk bahu, sepupu ambe patang tangan. tupasal last2 minit amik org kampung punya.
Pelamin...? disebabkan ambe nak terapkan nilai2 keislaman dalam majlis ambe, kesederhanaan dalam majlis, tujuan untuk belanja orang ramai makan dan memberitahu sekampung yang anak mak nim dah kawin... maka ambe pown tak buat sebab memey tak nak pown. kikiki
pelamin adat hindu. kita Islam, maka buatlah cara Islam.
Tapi ambe nak jgak kerusi untuk duduk2 bergambar.. so ambe pown sewalah kerusi jati kat umah jiran. ahahaha... pahtu letak sejambak bunga kat tengah kerusi. jadilah untuk sesi bergambar bersam keluarga.
Baju pengantin warna biru. beli kain pasang awal2 , pahtu tempah ke makcik suami. baju ambe plak 100% buat sendiri (kecuali jahit sulam kat lengan n kaki jubah). Daripada jubah abaya yang simple, tudung 2 lapis dan purdah 2 lapis yang dijahit sedikit kedut dibahagian tepinya. Suami pula pakai jubah labuh dia bersama kain pelikat biru. di bahu pula disangkut Rida Na'al berwarna putih. pakai kopiah putih dan spek mata hitam yang dah macam retis uh. ahahaha... tak nak kalah sehh.
Ambe sekadar tepek bedak serbuk uh kat muka, celak bawah mata dan atas mata. kening sikit,tu pown xnampak lukis aihh... kelaka jewp kalo nengok orang yang lukis kening uh. huuuu.. oh ya, inai tak ley tinggal. peberet dihujung jari ^_^
haa.. nampak lah kan renda baju ambe, huuuu |
Niat awal2 masa buat pakaian pengantin nim, taknak pakai sekali seumur hidup tapi pakaian yang dibuat,boley dipakai berkali2. So takdelah membazir. tapi,memandangkan ambe bukanlah jenis pakai yang berwarna warni, maka ambe pakai bila ada majlis tertentu atau masa raya ajelah. huuuu...
Kasut pengantin...ahahaha,kisahnya suami nak tengok ambe pakai wedges. do pakailah wedges biru beli semata2 untuk wedding. Same goes with bunga tangan. (smpai skang tak cari2 lagi pasu untuk bunga uh) haih,,
Makan beradab memang takde lansung. So dah jimat satu hal. heeee....
Ok nie nak cerita kisah2 disepanjang majlis dijalankan.
Pertama, tetamu2 yang datang (kebanyakannya kawan2 mak), bila masuk umah nak cari pengantin..mereka tak jumpa sebap suma yang ada pakai baju sama jewp. malah,ada yang ingatkan kawan ambe yang pengantin sebab pakaian dia lebih lip lap daripada pengantin. ahahaha... kelaka.
y pkai spek mata uh sebaya ambe, geng2 kampung.. Y best, 2016 is the date kami semua beranak. huuu |
Kedua, kawan ambe cakap pakaian ambe nim biasa sangat. tak nampak pown pengantin nya. Yang nie mulut boley tahan sikit. huu.. Yang sorang lagi plak cakap majlis ambe nie adalah majlis paling sempoi yang penah dia hadiri. (Alhamdulillah sgt2 dalam hati ambe nim).
Ketiga, lagu2 yang diputarkan oleh DJ. memula ok lah lagu ketuhanan. Lepas tu ambe pown bagilah pendrive ambe untuk dimainkan qasidah2 solawat nabi dalam uh. memula dia pasang uh, majlis tak ramai orang lagi..so dia pown pasang lagu dangdut kew apa ntah... ambe dah nak mengamuk,so ibu pown cakaplah suh pasang pendrive tu jewp.
Then lelama pastu dia boleh plak pasang dangdut. wehh..macam mana nak berkat majlis kalo pasang yang lagha..?! masa tuh air mata dah meleleh. habis purdah n celak mata ambe. huu... time tuh jgak pegi tegur DJ suh tukar lagu. Alhamdulillah, dia tukar. smpai lah habis majlis. tapi dah habis majlis, sepupu sepapat ambe pegi tibai karaoke. ahahaha...
robongan yang disulami dengan solawat ke atas Nabi |
family kakak ipar |
pak mak mertua |
haaa... itulah jewlah cerita yang nak disampaikan. dan berita baiknya... selepas 2-3 minggu uh, ambe dah lain macam. loya,pening n rasa xsihat. Next month nya tak period...fuhh, berdebar. tunggu selepas seminggu,then buat pregnancy test...
and Alhamdulillah, now im pregnant 3 bulan lebih dah.Allah permudahkan segalanya. Lama menunggu hendak kan anak..rupanya Allah bagi sejurus selepas majlis. Indah perancangan Allah.
No comments:
Post a Comment