Suatu hari, Saidina Umar melalui sebuah kebun. Tiba-tiba beliau melihat seorang lelaki berkulit hitam sedang makan. Ada seekor anjing sedang duduk dihadapan lelaki itu. setiap kali dia menyuap sepotong makanan ke mulutunya, dia melemparkan sepotong makanan ke anjing itu.
Umar berasa takjub lantas bertanya kepadanya.
"Adakah anjing ini kepunyaan kamu..?"
"Tidak"
Ditanya kembali oleh Umar.
"Jadi, mengapa engkau memberinya makan..?"
Aku malu jika seekor makhluk Allah memandangku apabila aku sedang makan, namun aku tidak memberinya makanan."
Umar bertanya lagi.
"Kamu hamba atau merdeka.?"
"Hamba milik seorang Bani Asim."
Umar pergi menemui pemilik hamba tersebut. Beliau membeli hamba tersebut serta kebun tempatnya bekerja. Beliau kembali menemui lelaki tersebut dan berkata,
"Allah telah memerdekakan dirimu dan kebun ini milikmu."
Lelaki itu berkata,
"Segala puji bagi Allah, saya bersaksi bahawa kebun ini saya wakafkan kepada orang fakir yang ada dinegeri ini."
Umar sangat terkejut. Beliau tidak menyangka akan tindakan lelaki itu menyedekahkan kebun tersebut. Beliau bertanya,
"Mengapa engkau menyedekahkan kebun ini.? Sedangkan engkau juga miskin dan memerlukan harta.?
Dia berkata,
"Aku malu kepada Allah yang telah bermurah hati kepadaku, kemudian aku kedekut pula kepada NYA."
"Selama hidup didunia ini, yang terbaik itu adalah menyelamatkan hati dari berburuk sangka terhadap makhluk yang lain."
Al-Imam Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani

No comments:
Post a Comment