Thursday, 15 June 2017

Resepi Popia Nestum Milo

Assalamualaikum. Setelah sekian lama tidak menaip dalam blog nim (post2 sblm nie kebanyakannya adalah copy paste :p ), so arinie hakak nak post lah something. well, benda baru bagi hakak tapi benda lama bagi para pembaca. haha

Di bulan pose yang mulia nim, hakak buat side income sikit. sekadar suka-suka dan niat suka meniaga barang-barang makanan ajer. InshaaAllah smoga dpermudahkan. 😍
Hakak buat Popia Nestum Milo. Resepi dapat daripada google. Asalnya buat Popia Nestum ajer..tapi rasa tak best plak masuk tekak western nie katakau.. maka hakak pown masukkan lah Milo pulak. Maka jadilah Popia Nestum Milo. Meh tengok resepi yang senang sangat nim.




Popia Nestum Milo

Bahan-bahan :-
- Milo
- Nestum 3 in 1 Original
- kulit popia
- Bancuhan tepung gandum (untuk buat gam)

Cara-cara :-
- Gulung kulit popia then lekatkan dengan gam buatan daripada tepung gandum. Pastikan kulit popia sentiasa dalam keadaan lembab. Letak tuala lembab atas gulungan popia dan atas lapisan popia yang masih belum digulung tuh bagi memastikan kulit popia sentiasa lembab. Then sebelum potong kulit popia secara menyerong (ada juger yang potong bukan menyerong, tapi bagi hakak..menyerong lagi lawa ).

- Kemudian, goreng dalam minyak yang panas yer. bila warna dah emas gituh, barulah kaut ,tapis dan letak atas tisu dapur kew sebab nak toskan minyak. Biar sejuk.

- Bila dah sejuk (masa suam-suam pown hakak dh campur adunan  😜 ), masukkan popia gulung anda kedalam bekas yang besar supaya senang kerja-kerja menggaul. Masukkan Nestum dan milo. Yang nie hakak buat dalam anggaran nisbah 2+1 (2 paket nestum + 1 senduk besar Milo). kalau Popia nyer plak dalam semangkuk besar gitulah.

- Gaul-gaul rata, siap. Masukkan dalam balang. So dah boley makan. heee

Alhamdulillah. memula buat, suami jadi tukang rasa. Dia kata sedap. Apalagi, simpan formula resepi nim. Besok terus buat tester kat opis (letak dalam surau ajelah ntk wanita-wanita yang tak pose 😆 ).
Hakak jual murah ajer (kowt). RM15 sebalang kecik uh, isi pepenuh. Kalo ditimbang, dapat 300gram.

haa..tu ajelah cerita setakat nim. Umo panjang, jumpa lagi kay. 💘


No comments:

Post a Comment