*hukuman qazaf*
qazaf ialah menuduh seseorang berzina tanpa bukti dan saksi seramai empat orang. menuduh orang berzina tanpa saksi dihukum sebat sebanyak 80 kali. ia sebenarnya untuk menjaga maruah disamping mengelak daripada zina. Allah SWT sangat keras dalam melarang orang islam memperkatakan maruah orang lain khususnya berkenaan zina kerana ia mengancam maruah wanita dan kesejahteraan keluarga dan masyarkat.
*adab memasuki rumah*
dalam surah An-Nur mengajar anak-anak tentang adab-adab memasuki bilik ibu bapa mereka terutama untuk waktu-waktu tertentu supaya tidak terdedah aurat disamping Allah SWT ingin menjamin privacy. begitu juga tidak ada sesiapa pun yang berhak masuk kerumah kita tanpa meminta izin daripada kita.
*menutup aurat*
dalam ayat 30 dan 31, Allah SWT menjelaskan pada kita perihal menutup aurat dengan betul iaitu daripada menjaga pandangan sehinggalah menutup segala perhiasan yang ada(bagi wanita). kaum lelaki pula Allah SWT perintahkan untuk menjaga mata dan kemaluan mereka manakala wanita pula pula perlu menjaga mata , kemaluan, menutup tubuh badan dan tidak menampakkan perhiasan mereka.
menutup aurat perlu lahir dari hati yang taqwa, tidak boleh sekadar mengikut fesyen semata-mata. kalau menutup aurat sekalipun, tetapi tidak menjaga pandangan mata, ia tidak menepati juga. Allah SWT tidak melarang wanita berhias, tetapi jangan didedahkan.
*galakan berkahwin*
Allah SWT memerintahkan kepada wali dan bapa supaya mengahwinkan anak-anak mereka yang masih bujangsamada lelaki ataupun perempuan. kemiskinan bukan alasan untuk tidak berkahwin kerana Allah SWT telah memberi jaminan untuk melapangkan rezeki apabila berkahwin.
semoga diberi inspirasi.
umur panjang jumpa lagi.
insyaa-Allah.
assalamualaikum.
No comments:
Post a Comment