Tuesday, 19 March 2013

Tips-tips berhijrah bagi wanita.


Assalamualaikum,
(ana berkongsi ilmu walaupun sedikit)

#mulakan dengan tudung. Jika sebelum nie anda suka memakai shawl, tudung bawal, teruskan. Tapi pastikan ianya labuh melepasi bahu dan menutupi dada.  Jangan memakai tudung jarang, nipis, dan melekat pada badan.

#memakai baju yang longgar dan labuh (menutupi punggung), berlengan panjang.

#kalau anda jenis yang suka berseluar, boleh sahaja. Asalkan longgar dan tebal.  Katakan baju yang anda pakai labuh takat betul-betul bawah punggung, jadi kalau dipakai dengan seluar bukankah masih nampak bentuk punggung walaupun tak jelas.? Jadi, apa salahnya jika memakai skirt labuh. Menggantikan dengan seluar. Takde lah nampak sangat bentuk punggung tu. Malah lebih manis.

#seterusnya, pakailah stoking. Walaupun stoking itu jenis ranggi dan bercorak sekalipun, ia tetap menutup aurat. Pastikan tidak nipis.

#bila memakai lengan panjang, tatkala tangan diangkat, bukankah masih lagi kelihatan pergelangan tangan? Seperti yang sedia maklum, pergelangan tangan juga aurat. Oleh itu, pakailah armsock untuk menutupinya.

#bagi gadis sporty, teruskan sahaja gaya sporty anda. Asalkan menutup aurat. Bagaimana.? Pkailah seluar jeans longgar + tshirt labuh + tudung labuh (cth tudung tebal bidang 50 @ 60) + kasut sport. Kan comei tuh.???



Umur panjang jumpa lagi. Insyaa-Allah,
Semoga di inspirasi, assalamualaikum.


No comments:

Post a Comment