Assalamua'laikum warahmatullahi wabarokatuh,
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم...
Jom mengingati kembali kalam2 TG Syeikh Ibrahim melalui syarahan kitab
Syairussalikin 1.
Bab : 6 perkara menghasilkan khusyuk ddlm solat.
- hati sentiasa didlm solat
- memahami bacaan didlm solat
- menghadir akan kehadiran Allah (seolah2 Allah ada dihadapan kita)
- Ada perasaan takut pd kebesaran Allah
- Mengharap akan Rahmat Allah
- Malu akan kekurangan dlm berbuat ibadah kpd Allah.
Dlm solat itu tempat tilik Allah, maka buatlah solat itu bersungguh2 kerana
bila selesai solat Allah akan mengampuni dosa2 kita. Kalau tidak khusyuk ketika
solat bagaimana Allah nak mengampuni dosa2 kita.
Khusyuk didlm solat adalah kunci kpd Allah.
Solat itu adalah mikraj (tangga) utk sampai kpd Allah.
Maka apabila dgr Azan hadirlah huru hara seperti pd hari khiamat.
Dan ingatlah akan kesusahan kita pada hari khiamat nanti.
Maka kita BERSUCI ( zahir dan batin)
- ingatlah dlm hati kita sepatutnya bertaubat daripada melakukan segala
maksiat.
- selalulah muhasabah diri ketika berwudhuk
- bersungguh2 suci didlm hati sifat mazmumah sperti riak', ujub, takabur,
sombong, sum'ah dsbgainya.
- kita x sanggup nak solat dlm keadaan anggota kita bernajis, maka
begitulah juga sekiranya batin kita bernajis.
Sabda Rasulullah S.A.W,
Ramai yg solat malam melainkan penat kerana solatnya tidak sah.
Sabda Rasulullah S.A.W,
Sifat Hasad memakan segala amal kebajikan sebagaimana api memakan kayu2
kering...
Di mahsyar nanti amalan kita akan bertukar menjadi
ajsam/jirim/berketul2... Apa yg nak kita bawa nanti sekiranya amalan kita
mjadi debu dimakan api.
- banyaklah memohon ampun kpd Allah semoga Allah menutup dosa2 kita..
- kita didlm bbuat taat pun masih lagi bermaksiat/derhaka kepada Allah.
Maka ketika MENGADAP KIBLAT
- kalau dada kita berpaling drpd mengadap kiblat maka batalah solat kita.
Begitulah kiblat batin(hati) kita mengadap Allah, jangan mengadap pada makhluk
selain Allah. Bagaimana pula kalau hati kita berpaling selain Allah?
Marilah sama2 kita memperbaiki utk menjadi hamba yg bertakwa kpd Allah swt.
Mudah2an Allah mengampuni segala dosa2 kita semua dan memperbaiki segala
kekurangan pd diri kita serta beramal dgn apa yg dipelajari utk menuju
keredhanNya.
Aamiin ya rabbal'alamin...
No comments:
Post a Comment