Perbincangan mengenai memukul anak ini perlu dilakukan menyeluruh, termasuk
pendekatan kasih sayang Rasulullah terhadap kanak-kanak termasuklah. Berikut
adalah beberapa panduan dari Rasulullah terhadap cara merotan anak.
1. Merotan atau memukul dibenarkan taktala anak mula berumur 10 tahun
Rasulullah bersabda:
مروا أولادكم بالصلاة وهم أبناء سبع، واضربوهم عليها وهم أبناء عشر
Maksudnya: (Ajar anak kamu solat ketika umurnya 7 tahun, dan
(sekiranya mereka enggan) pukul mereka apabila mencecah 10 tahun). (Riwayat Abu
Daud)
Ulasan saya: Boleh kah merotan bila anak kurang dari 10 tahun. Hadis
tersebut tidaklah bermakna larangan memukul anak kurang dari 10 tahun. Namun,
prinsip yang diperkenalkan di dalam hadis ini ialah tentang pendekatan dalam
mendidik anak dengan cara kasih sayang seperti memberi pujian, galakan,
gesaan, suruhan dan ajakan dengan kata-kata yang lembut perlu menjadi
keutamaan pada usia anak sehingga menjelang 10 tahun. Pada tahap ini
mereka mungkin tidak faham kenapa sesuatu kewajipan itu diperkenalkan kepada
mereka. Maka pendekatan yang lembut yang disertakan dengan penjelasan boleh
memahamkan mereka dan membiasakan mereka dengan kewajipan itu.
Kebijaksanaan
ibu bapa amat diperlukan pada tahap ini kerana mereka pendekatan yang berhemah
di samping contoh teladan yang baik dari ibu bapa dan keluarga dapat menarik
mereka melaksanakan kewajipan dan mengenali tanggungjawab
Bagi anak yang berumur 10 tahun ke atas, mereka telah dan boleh mengetahui
erti kewajipan dan tanggungjawab serta implikasi sekiranya mereka
meninggalkannya. Semua penjelasan dan kefahaman telah diberikan kepada mereka,
cuma ketegasan ibu bapa amat diperlukan pada tahap ini agar mereka dapat
melaksanakan sesuatu perkara itu secara sendiri, tanpa disuruh-suruh lagi.
Sekiranya masih lagi berdegil dan tidak mahu melaksanakannya, kata-kata tidak
lagi berguna (berkesan) dan ketegasan dalam bentuk tindakan amat diperlukan. Di
situlah fungsi rotan.
2. Tidak melebihi 3 kali bagi hukuman rotan biasa, atau 10 kali bagi hukuman
qisas.
Rasulullah bersabda:
لا يجلد فوق عشر جلدات الا في حد من حدود
Hadith Abu Hurairah, Sabda Nabi: Tidak boleh merotan melebihi 10
kali melainkan pada hukum hudud (Riwayat Bukhari)
Menurut Umar Abdul Aziz: Guru-guru tidak boleh merotan melebihi 3 kali,
kerana ianya boleh menimbulkan fobia dan kebimbangan kepada kanak-kanak.
Menurut al-Dohak: Apa-apa sahaja pukulan atau rotan yang melebihi 3 kali,
maka ianya adalah qisas.
Ulasan saya: Rotan bukanlah matlamat, tetapi ialah adalah wasilah bagi
mencapai matlamat mendidik anak dengan akhlak yang mulia. Sekiranya ibu bapa
masih melihat anak pada usia 7-12 tahun ada potensi menjadi liar (suka melawan,
culas dll) sesuatu perlu dilakukan seperti menghantar kem yang panjang,
mengubah suasana rumah, berpindah dll yang difikirkan sesuai. Merotan untuk
menimbulkan ketakutan kepada anak-anak tetapi sekiranya rotan itu tidak
berkesan, pendekatan lain perlu dilakukan. Sekiranya dirotan juga, dikhuatiri
anak-anak hanya mendapat sakit (dirotan) tanpa ada sebarang pengajaran.
3. Rotan itu tidaklah terlalu keras, tidak pula terlalu lembut atau
basah/lembab, sehinggalah boleh meninggalkan bekas dan kerosakan yang teruk
pada kulit.
Rasulullah bersabda:
عن زيد بن أسلم : أن رجلا أعترف بنفسه بالزنى على عهد رسول الله صلى الله عليه وسلم
فدعا رسول الله صلى الله عليه وسلم بسوط فأتي بسوط مكسور فقال : (فوق ذلك) فأتي بسوط
جديد لم تقطع ثمرته فقال : (بين هذين) فأتي بسوط قد لان وركب به فأمر به فجلد
Diriwayatkan oleh Zaid bin Aslam katanya, seorang lelaki telah
mengaku berzina di zaman Rasulullah SAW maka Rasulullah meminta sebatang
tongkat untuk disebat lelaki itu, apabila tongkat yang dikehendaki dikemukakan
kepada baginda Rasulullah SAW. didapati tongkat itu pecah-pecah, lalu baginda
minta tongkat yang lain, apabila tongkat yang kedua dibawa kepadanya didapati
pula tongkat itu daripada dahan kayu yang baru dipotong, Rasulullah SAW
menolaknya lagi dan meminta tongkat yang sangat sederhana yang tidak keras,
Rasulullah SAW menerimanya dan memerintahka n supaya disebat dengannya.
(al-Muwatta’)
Ulasan saya: Rotan bukan untuk menyakitkan, tetapi untuk memberi
pengajaran.
4. Cara merotan menurut Syeikh
al-Faqih Shamsuddin al-Anbani:
i. Memukul di tempat yang berbeza, bukannya pada satu tempat di badan
manusia sahaja.
ii. Memanjangkan tempoh rotan pertama dengan yang seterusnya.
iii. Tidak mengangkat tangan sehingga boleh kelihatan ketiaknya.
5. Tempat dibenarkan memukul: semua anggota badan kecuali kemaluan dan muka
(tambahan al-Ahnaf: seluruh kepala)
Kata Ali ketika menjatuhkan hukuman had ke atas peminum arak: Sebatlah
seluruh anggota badan tetapi elakkan muka dan alat kemaluan.
Rasulullah bersabda:
عن النبي صلى الله عليه وسلم أنه قال : (إذا ضرب أحدكم فليتق الوجه) رواه أبوداود.
Sabda Nabi: Sekiranya seseorang itu merotan, elakkan wajahnya
(Riwayat Abu Daud)
Sebahagian ulama’ salaf mencadangkan agar
dirotak di tapak tangan dan kaki.
6. Berhenti seketika sekiranya
yang sedang dirotan menyebut nama Allah.
Rasulullah bersabda:
عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه قال : قال صلى الله عليه وسلم (إذا ضرب أحدكم خادمه
فذكر الله فارفعوا أيديكم) رواه الترمذي
Daripada Abi Sa’id Al-Khudri, Sabda Nabi: Sekiranya kamu merotan
(dengan sebab) akan pekerja
kamu, kemudian dia menyebut kalimah Allah, maka
tangguhkan dahulu. (Riwayat al-Tirmizi)
Ulasan saya: Membaca bismillah atau menyebut nama Allah ketika merotan
merupakan pendekatan yang baik kerana tindakan itu bukan berasaskan kepada
emosi semata-mata atau geram/ marah dll. Merotan biarlah dalam keadaan sedar
diri dan faham kenapa rotan merupakan tindakan yang perlu diambil. Bukan sahaja
ibu bapa, malahan anak-anak pun kena faham kenapa tindakan perlu diambil kepada
mereka. Bukan terus merotan tanpa merasionalkan tindakan itu.
Rujukan/terjemahan:http://www.saaid.net/tarbiah/46.htm
Tulisan merah itu adalah ulasan saya.
http://myfaisalonline.blogspot.com/2015/01/merotan-anak-menurut-hadis.html?m=1
*copypaste Pondok Ledang*
*copypaste Pondok Ledang*
No comments:
Post a Comment