Assalamualaikum.
Alhamdulillah..diberi kesempatan untuk menulis lagi dalam ruangan kali ini. well,resepi kalini sebenarnya dah ramai yang tahu buat, tapi sajer nak share yang versi ambe punya. simple jew.
masaknya dah 2-3 hari lepas tapi baru harini nak update. So takde lah gambar step by step. yang ada hanya gambar dah siap. resepi yang nie untuk 2 orang makan yer. huuuu.. ok jom baca.
Bahan-bahan :
- ketam 2 ekor ( amne beli yang kecik ) *rebus dulu*
- maggi kari 2 bungkus
- sayur sawi beberapa helai
- bawang dan cili ( ikut banyak mana nak pedas ) *ditumbuk*
- air
- asam keping 2 ketul
Cara memasak :
1- tumis bawang dan cili yang ditumbuk tadi. bila dah naik bau, masukkan hirisan sayur sawi. masak sampai layu.
2- masukkan ketam, kacau rata kemudian tuang air ikut banyak mana yang kalian nak. masukkan asam keping.
3- lepas tu baru masukkan perencah maggi kari. kacau rata. masukkan maggi. agak-agak boleh bajet tenggelam suma, tutup kuali smpai lah maggi masak.
4- dah rata suma dah masa cantik, apalagi..kautlah untuk dihidang.
sekian sahaja untuk kalini. semoga bermanfaat.
No comments:
Post a Comment