Untuk resepi yang tersangat mudah kalini, ambe buat disebabkan mengidam punya pasal. well, pestaim buat kowt puding karamel nim. huuu...kalau nak mencari tak tahu pulak kat mana. dah lah pestaim makan puding karamel nim. nasib bek sedap.
oklah, jom ushar.
-------------------------------------------------
Bahan-bahan
- 5 biji telur size B (jika size A, 4 biji)
- satu tin susu cair (400ml)
- 150ml air
- 4 sudu besar gula
- 1sk esen vanila
Karamel :
- 5sb gula
- 2sb air
(untuk karamel nim.. ambe xpandai buat. memula buat tak jadi. so putus asa then just cairkan jewp buat air gula yang pekat. ahahah )
----------------------------------------------------
Cara-cara
- Penyediaan karamel @ gula hangus : masukkan gula dan air kedalam kuali. hanguskan hingga keperangan kemudian tuang terus kedalam loyang. biar sejuk.
ni lah karamel ambe. warna tak hangus pown. ahahaha |
- Dalam mangkuk, satukan semua bahan puding. Kacau perlahan jangan sampai berbuih. cukup sekadar pecah kuning telur dan sebati. Kemudian tapiskan dan tuang kedalam loyang karamel.
yang nie belum lagi ditapis yer. |
- Kukus selama 45minit atau sehingga masak. Sejukkan kemudian terbalikkan ke dalam mangkuk leper. siap untuk dihidang.
yang ni belum ditelangkupkan lagi. tang tepi uh yang kesan-kesan cucukan uh sebenarnya nak tau dah masak ke idak. |
yang nie selepas disejukkan dan ditelangkupkan. sepatutnya warna perang-perang gula hangus, tapi tak jadi. |
Alhamdulillah. Sedap dimakan tika sudah sejuk. well, yang ambe buat nim tak manis sgt. sedang-sedang gitu. kawan-kawan semua cakap sedap. InshaaAllah, lepas nim nak buat lagi. Till meet again.
No comments:
Post a Comment