anak lelaki suka berlari.
anak lelaki suka bergusti.
anak lelaki perlu keluar kena matahari,
nanti dapat tidur berkualiti.
anak lelaki perlu keluar kena matahari,
supaya mood jadi happy, kurang depresi, tingkatkan memory.
semua ini ada scientific study.
anak lelaki perlu alam terapi.
ada penyembuhan pada alam semulajadi.
biar main parit.
panjat pokok sana sini.
ini untuk tabung emosi.
buka kasut,
sentuh jalan,
jalan tanpa alas dikaki,
badan dapat create sistem imunity.
dapat neutralize cas negative.
kita nak restore humanity.
jangan asyik pegang controller dan main PSP.
terpekap dalam rumah,
dinding kiri kanan.
dihadapkan pasif skrin entertainment dari phone sampai tv.
beri anak lelaki haiwan peliharaan.
tak kisahlah walaupun ikan guppy.
supaya belajar rasa empathy.
moga besar jadi suami mithali.
tak ada lah ego meninggi. (kannn)
anak lelaki perlu ayah disisi.
untuk jadi idola diri.
spend lah time ke masjid.
suggestion saja ni.
Kalau buat,Allah sukai.
anak lelaki perlu ibu,
sentiasa dengar dan mengasihi.
memang macam-macam perangai dia buat,
kadang-kadang sakit hati.
jiwa kena kental, sabar tidak bertepi.
cakap sekali belum tentu bergerak.
kena ingatkan beberapa kali.
bukan sembrono ya.
ada cara dan seni.
otaknya tak boleh proses banyak benda,
satu arahan satu situasi.
rasa-rasa nak mengamuk,
cakap pada diri,
INI AMANAH ILAHI.
tugas kita bukan menghakimi,
tapi mendidik,
beri kasih sayang,
tanpa belah bahagi.
ini soalan last skali.
dah peluk anak lelaki pagi tadi..?
sekejap sahaja mereka membesar.
peluklah selagi berdenyut nadi.
.........................
copypaste ❤
No comments:
Post a Comment