Wednesday, 2 May 2018

Kelebihan selawat TAFRIJIYYAH / NARIYAH




Selawat Tafrijiyyah / Nariyah dibangsakan selawat ini kepada Zainul Abidin iaitu Ali Bin Al Hussain Bin Ali Bin Abi Tholib Radhiyallahu Taala anhu.. 
Imam Ad Duraini berkata : Barangsiapa membaca selawat ini tiap2 lepas solat 11 kali di jadikan wirid, tidak akan terputus rezekinya,  dan mencapai ia akan martabat yang tinggi.

Barangsiapa yang melazimi membacanya lepas solat subuh tiap - tiap hari sebanyak 41 x,  nescaya mencapai ia akan kehendaknya.
( hajatnya). 

Barangsiapa mengekali membaca 100 x setiap hari,  nescaya hasil segala usahanya lebih dari hajatnya. 

Barangsiapa mengekali membacanya 313 x , bagi membuka rahsia,  nescaya melihat ia akan yang di kehendakinya. 

Barangsiapa yang mengekali membacanya 1000 x setiap hari nescaya mencapai ia akan barang yang tiada dapat di bayangkan oleh mata,  di dengar oleh telinga dan tiada terlintas di hati. 

Imam Al Qurtubi berkata : 
Barangsiapa yg mengekali membaca selawat ini tiap2 hari 41 x atau lebih,  nescaya di angkat oleh Allah Taala akan dukacitanya dan mudharatnya,  dan di luaskan rezekinya dan di bukakan baginya segala pintu kebajikan dan di luaskan perkataannya dan dia amankan dia daripada datang " hawadisu zzaman ". ( akhir zaman ) . dan dari kepapaan,   dan dicampakkan baginya kasih sekelian hati manusia kepadanya.  Ditunaikan hajatnya dengan syarat semua diatas,  perlu dilakukan dengan istiqamah. 

( Kitab Lum'tul aurad)

No comments:

Post a Comment