🔴 Apa hukum wanita potong kuku ketika haid?
Betul ke kuku yg dah di potong tu kena dimandikan
sekali bersama tuan nya dan di tanam?
✅ Hukum mengerat kuku,menggunting rambut,mancabut/mencukur
bulu ketika dalam keadaan haid dan junub ialah MAKRUH.
"Janganlah orang yg berjunub atau orang yg berhaid atau
orang yg bernifas menghilangkan sedikitpun daripada
rambutnya,bulunya,kukunya atau kulitnya kerana kesemua bahagian tersebut akan dikembalikan
kepadanya pada hari kiamat dalam keadaan janabah dan ketahuilah bahawasanya
setiap helaian rambut atau bahagian-bahagian tersebut akan menuntut supaya
janabahnya diangkat (disucikan)" . {بغية الطلاب }
Kalau jangkamasa haid dan nifas tu terlalu lama dan sukar
bagi wanita tu untuk menjaga kuku,rambut dan sebagainya sehingga akan
menghodohkannya maka dalam situasi ini,jika terpaksa barulah boleh potong.
Tetapi kalau tiada apa-apa sebab,maka MAKRUH memotongnya.
Banyak dalil daripada kitab yg memakruhkan perbuatan
ini,didatangkan di sini beberapa petikan daripada kitab-kitab seperti
dalam إعانة الطالبين،حاشية قليوبي و عميرة،الإقناع yg dinukilkan daripada
kitab Al-Ihya' :
لا ينبغي أن يحلق أو يقلّم أو يستحد أو يخرج دمًا أو يبين من نفسه
جزأ وهو جُنُبٌ إذْ يرد اليه سائر أجزائه في الأخرة فيعود جنبا
ويسن دفن ما خرج من أجزاء الحى وقد يجب كأن كان من إمرأة
و خشي نظر أجنبي اليه ✅
{بشرى الكريم بشرح مسائل التعليم}
"Disunatkan untuk menanam mana-mana bahagian
(rambut,kuku dan sebagainya) yg terpisah daripada wanita yg masih
hidup.Kadang-kadang hukumnya menjadi wajib seperti untuk mengelak daripada
dilihat oleh lelaki ajnabi".
※ Ada juga pendapat mengatakan memotong kuku,rambut dan
lain2 semasa haid adalah harus kerana mereka kata tidak ada dalil nas samada
dari Al-quran atau Al-hadith yg mengharamkannya bahkan larangan tersebut
dikatakan adat orang tua2 sahaja dan tidak berhubungkait dengan agama.Begitu
juga amalan menyimoan rambut gugur atau kuku yg dipotong untuk dibasuh semasa
mandi wajib adalah bidaah.wallahuA'laam.
※Pada pendapat sy yg dhoif,eloklah berpegang pada pendapat
ulama'2 terdahulu yg mu'tabar dan rasikh ilmunya yg mengatakan MAKRUH mengerat
kuku,rambut dan sebagainya.Ini merupakan jalan yg lebih selamat dan
berhati-hati.{ Ust.Mansoor Al-Hafiz}
Ruj : تحفة الأعزاء (m/s 319-321)
No comments:
Post a Comment