Thursday, 13 February 2020

HIKMAH DI SEBALIK HAID


Ketahuilah- semoga Allah Taala memberi taufik kepadaku dan kamu - bahawa haid adalah sesuatu perkara yang telah di tetapkan oleh Allah Taala kepada anak - anak perempuan Adam sebagai ujian dan cubaan kepada mereka.

Telah sabit dalam hadis yang sohih daripada Aisyah radhiyallahuanha telah berkata ia, Rasulullah SAW bersabda tentang haid :

ان هذا امر كتبه الله على بنات آدم
" Sesungguhnya ini merupakan suatu perkara yang telah di tetapkan oleh Allah Taala ke atas anak - anak perempuan Adam"
(Riwayat Imam Bukhari dan Muslim, kitab Al- Haid).

Apabila di datangi haid, apa sahaja ibadah yang di benarkan dalam waktu suci menjadi haram.
Maka wanita wajib menahan diri mereka dari sengaja atau bermain2 dengan hukum dan larangan Allah.

Alhamdulillah sejak kebelakangan ini semakin kurang soalan atau pertanyaan dari para muslimat yang bertanyakan  boleh atau tidak baca quran dalam haid ?  boleh atau tidak ambil wudhu' ?  boleh atau tidak pergi dengar kuliah,  kelas mengaji, kelas tajwid di masjid ?

Jika sebelum ini sangat banyak keluhan2  mengenai masalah ini. Bagi mereka adalah satu kerugian apabila sedang berlazat dan manis dalam ibadah tiba2 di datangi haid. Ada juga yang sudah menjadi habit  berwudhu'  sehingga tak boleh kalau tak berwudhuk.

Perlu kita ketahui bahawa apabila Allah Taala memerintahkan wanita agar meninggalkan ibadah termasuk melayani keinginan suami maka WAJIB wanita mentaati perintah Allah Taala ini.
Sepatutnya tidak ada lagi bunyi2 atau keluhan kerana dengan meninggalkan ibadah yang disuruh oleh Allah Taala sebenarnya itulah ibadah.

Menjunjung perintah Allah yang memerintahkan wanita supaya meninggalkan ibadah ketika datang haid itu adalah ketaatan yang di beri pahala dan ganjaran oleh Allah.

Sebuah hadis yang di riwayatkan dari Aisyah radhiyallahuanha, dari Rasulullah SAW bersabda :
" ما من امرأة تحيض الا كان حيضها كفارة لما مضى من ذنوبها وان قالت فى اول اليوم " الحمدللّٰه على كل حال وأستغفرك من كل ذنب" ، كتب اللّٰه لها براءة من النار وجوازا على الصراط وامانا من العذاب، ورفع اللّٰه تعالى لها بكل يوم وليلة درجة اربعين شهيدا اذا كانت ذاكرة اللّٰه فى حيضها.
"Tidaklah seorang wanita yang haid itu, kecuali haidnya merupakan kifarat ( tebusan ) untuk dosa - dosanya yang telah lalu, dan apabila pada hari pertama haidnya ia membaca " Alhamdulillahi 'alaa kulli halin, wa astaghfiruka min kulli dzanbin"  ( segala puji bagi Allah dari segala keadaan dan aku memohon ampun kepada Allah dari segala dosa),
maka Allah menetapkan dia bebas dari neraka  dan dengan mudah melalui sirathal mustaqim dan aman dari siksa, bahkan Allah Taala mengangkat darjatnya seperti darjat 40 orang mati syahid, apabila dia selalu berzikir kepada Allah selama haidnya"
(rujukan kitab Durratun Nasihin)

Hassan Al - Basri menerangkan bahawa pahala ini hanyalah untuk wanita yang soleh, yang taat kepada suaminya dan bersungguh dalam menjaga aqidah dan  syariat Allah Taala sahaja.  Yakni segala amalannya yang di lakukan ketika suci seperti solat, baca quran, berwudhuk, qiamullail, puasa sunat, berzikir, mentaati dan berkhidmat kepada suami. Berdasarkan kepada amalan2 sehariannya.

Dalil mengenai haid :

ويسألونك عن المحيض، قل هو أذى فاعتزلوا النسآء فى المحيضً، ولا تقربوهن حتى يطهرن فإذا تطهرن فأتوهن من حيث أمركم اللّٰه، إن اللّٰه يحب التوابين ويحب المتطهرين.
Maksudnya :
Dan mereka bertanya kepada engkau ( Muhammad) tentang haid, katakanlah " itu adalah sesuatu yang kotor" . Oleh itu jauhilah isteri kamu pada waktu haid, janganlah kamu dekati mereka sebelum mereka suci. Apabila mereka telah suci, gaulilah mereka sesuai  dengan ( ketentuan) yang di perintahkan kepadamu. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang bertaubat dan menyukai orang yang menyucikan diri".
(Al - Baqarah : 222).

Didalam ayat ini , di jelaskan mengenai hukum haid dan najisnya darah haid yang di jelaskan dalam firman Allah Taala "قل هو أذى",  kemudian para suami di perintahkan untuk menjauhi isteri2 mereka ( ini juga ilmu yang wajib di ketahui oleh semua lelaki yang mahu berkahwin atau yang telah berkahwin) ketika haid yakni menjauhi bermesra - mesraan dengan isteri di antara pusat dan lutut.  Bukanlah di kehendaki di sini mengasingkan isteri dari tempat makan, minum dan tempat tinggal kerana itu  merupakan adat orang  yahudi.

*Jimak dalam waktu haid walaupun telah kering di khuatiri melahirkan anak yang pondan *

Ramai yang selalu bertanya kenapa tidak boleh bersama , walaupun sudah kering ? kenapa tak boleh masuk masjid walaupun sudah kering ?
Ini kerana diri "haid"  itu sendiri adalah kotor, najis dan dalam keadaan berhadas besar.

Ketika di dalam haid, wanita di sunatkan memakai pakaian yang khusus yang menampakkan dirinya sedang berada di dalam haid seperti memakai pakaian yang berwarna seperti warna2 darah haid iaitu hitam, merah, koko atau kuning.

Haid, nifas dan istihadah adalah antara ujian yang di berikan kepada wanita.
Semakin tinggi ujian semakin tinggi darjat yang di kurniakan dengan syarat sabar, redha dan taat segala perintah Allah Taala. Bukan sahaja kepada wanita malah kepada suami juga.

Wallahuaklam.

Al - Faqirah #UmmiNajihah
#KitabIbanahWaifadhah
#Notailmudarahwanita
20 jamadilakhir 1441 Hijriyyah

No comments:

Post a Comment