Tak lama lagi interview saya dengan Dr Amalina Mohd Daud (Founder Toddible) akan dilancarkan pada Mac : Toddible Summit 2020 - berkenaan 'Anak Degil'. Agak lama juga saya explain berkaitan persoalan ini.
Sebentar tadi saya rakam video menjawab persoalan anak melawan sehingga tahap bukan sahaja mulut malah tangan dan kaki juga nak naik kepada ibubapa, hingga of course ibu ayah akan sangat marah juga (untuk Support Group pembeli Ebook TakNak Marah Anak Lagi).
Instinct kita benar - kekerasan bukan dilawan dengan kekerasan, kelak patah terus atau retak 'saja'. Patah memang tidak boleh sambung semula menjadi sempurna seperti asal dan
Walau 'retak saja' ia beri kesan / damage berpanjangan lukanya hingga dewasa, dan trigger bebila masa bila silap 'disentuh'.
Kembali kepada benar dan bathil.
Sampaikan mesej yang benar kepada anak (No means No juga), dengan cara penuh kebaikan dan 'care'. Terangkan apa yang bathil tidak boleh dengan sebenarnya kepada anak, kerana mereka sentiasa perlukan dua side (boleh tak boleh, benar dan salah).
..........................
Why we care?
Sebab kita care hati dia. Kita care mental health dia nanti sampai dia besar. Ayat ibu-ibu yang bertanya kepada saya - bimbang nanti dia jadi macam mana dewasa nanti. Yes, intuit anda itu benar.
.
We do care, maka kita baiki sekarang.
.
What to do? LAKUKAN 3 INI :-
1. Kemaafan dipohon dari yang Haq. Solat sunat taubat. Akui silap pada pemilik sebenar anak, azam tidak mahu buat lagi. Bila ingat diri kita ibubapa adalah pemilik anak maka itulah jadinya amarah melampau dilempias sewenangnya kepada anak. Kemudian susuli dengan solat sunat hajat agar dimudahkan perjalanan anda seterusnya untuk isu anak melawan ini. Teknik rebonding membantu, insyaAllah.
2. Kemaafan kepada anak. One to one dengan anak, komunikasi sebaiknya, tentang apa sebenarnya struggle atau konflik anak yang buat dia marah sangat ini (tips of iceberg, dapatkan punca di bawah itu), dapatkan perspektif dia dahulu kepada anda, kemudian baru kongsikan perspektif anda pula. Minta maaf pada anak dan minta anak bantu ibu ayah dalam usaha ibu ayah tangani isu anak dan adik beradik dia.
3. Maafkan diri. Fahami diri kenapa anda bertindak begitu (anda trigger reptilian brain anda sendiri), dari pengalaman lalu diri anda, Kefahaman memberi laluan kepada kemaafan, dan kemaafan beri laluan untuk letting go dan move on. Anda tidak dapat move on selagi tidak let go, tidak boleh let go selagi tidak memaafkan, tidak memaafkan selagi tidak sampai ke tahap kefahaman akan perspektif diri dan perspektif individu yang berkait isu /memori pain anda itu.
.
I do care for you too😘.
CARE ❤️,
Maznah Ibrahim
(credit to Maznah Ibrahim)
No comments:
Post a Comment