1. Marah.
2. Syahwat.
3. Hasad dengki.
4. Tamak.
5. Kenyang walaupun makan makanan yang halal.
6. Suka berhias.
7. Gopoh gapah, terburu-buru.
8. Duit.
9. Bakhil.
10. Mempelajari ilmu hakikat secara mendalam sebelum mahir dalam ilmu syariat.
Syaitan ini seperti penyamun. 10 sikap di atas pula adalah pintu-pintu yang dia boleh masuk melaluinya ke dalam rumah kita (hati & minda kita). Maka TUTUPLAH pintu-pintu itu, jangan bagi dia masuk.
Tiada syaitan yang baik. Dia bangsa yang memandang rendah kepada manusia. Gembira amat baginya apabila melihat seorang manusia yang sedang MARAH. Pintu marah ini akan memberi peluang kepada syaitan mempermain-mainkan manusia marah itu seperti bermain bola baginya. Ditendangnya orang yang marah itu ke sana ke sini dan disuruh melakukan apa sahaja sesuka hatinya. Itu sebab orang yang sedang marah tidak kenal siapa sahaja & akan melakukan apa sahaja untuk puaskan rasa marahnya. Rupanya dia dikawal syaitan yang jahat itu.
"Aku berlindung dengan Allah dari syaitan yang direjam", doa ini akan berkesan apabila pintu-pintu di atas ditutup.
kredit : Sharifah Fatimah BenYahya
No comments:
Post a Comment