Monday 22 June 2020

KELEBIHAN WANITA YANG MEMULIAKAN SUAMINYA DI SISI ALLAH DAN HARI AKHIRAT




بسم اللّٰه الرحمن الرحيم
اللّٰهم صل على سيدنا محمد

Dari Ibnu Mas'ud, bersabda Rasulullah saw:
"Tiap - tiap wanita yang menolong suaminya dalam urusan agamanya, maka Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih dulu dari suaminya (10 ribu tahun) kerana dia MEMULIAKAN suaminya di dunia, maka ia  mendapat pakaian dan bau - bauan syurga untuk turun ke mahligai suaminya dan menemuinya".

Sabda Rasulullah saw yang  bermaksud :
"Ya Fatimah, jika wanita meminyakkan rambut suaminya dan janggutnya dan memotong kumisnya dan mengerat kuku suaminya, Allah Taala akan memberi minum akan dia air sungai di syurga serta di iringi Allah Taala baginya sakaratul Maut ( di mudahkan ketika sakaratul maut) dan akan di dapati kuburnya  menjadi taman - taman syurga serta mencatatkan Allah baginya kelepasan dari api neraka dan selamatlah ia melintasi titian siratal mustaqim".

Antara pesanan Rasulullah saw kepada puterinya Sayyidatina Fatimah r.anha :

" Ya Fatimah, barang mana perempuan yang membasuh pakaian suaminya,  akan di suratkan baginya 1000 kebaikan dan di ampunkan dosanya dan di tinggikan baginya darjat dan di mintakan ampun baginya tiap - tiap yang terbit matahari yakni (segala makhluk yang ada  di muka bumi ini ).

Beradab dan menjaga kepentingan suami dengan sikap berhati - hati, teliti dan melakukannya dengan ikhlas kerana Allah dan kerana mencintai suami adalah satu cara memuliakan suami.

Mulia di sini bukan mulia seperti TUHAN YANG MAHA MULIA...Raja pun kita panggil yang maha mulia. Memuliakan suami kerana Allah memerintahkan isteri untuk  berbuat baik kepada suami kerana MEMULIAKAN PERINTAH ALLAH.

Menjaga keperluan suami dengan mendahului dari keperluan anak atau kerabat adalah di suruh oleh agama hatta ibu bapa sendiri. Tetapi mentaati dan memuliakan ibu bapa juga adalah tuntutan Allah yang mesti di seimbangi antara keduanya iaitu antara suami dan ibu bapa isteri.

Ada banyak cara atau kelakuan yang menunjukkan seorang isteri memulia, menghormati dan beradab dengan suaminya. Dan semestinya sedaya mungkin di usahakan agar terpelihara kemanisan, keindahan dan kasih sayang di dalam sebuah rumahtangga.

Hormat dan memuliakan suami adalah perintah Allah dan Rasul. Sedangkan ketaatan  itu wajib selagi ia tidak bercanggah dengan
syariat. 

Apabila ada suami yang bermurah hati dan ehsan membantu isteri melakukan tugas rumahtangga itu adalah RAHMAT bagi isteri. Dan wajiblah isteri  membalasnya dengan ketaatan, hormat dan menjaga diri dan agamanya.

Dan bagi isteri apabila ada peluang atau di beri peluang untuk berkhidmat kepada suaminya wajarlah ia melakukannya dengan  adab, teliti dan perhalusi dalam khidmatnya itu. Tidak salah untuk buat mudah2 dan pastinya melakukan yang terbaik itu adalah yang lebih baik. Kerana Allah Taala tidak pernah mensia - siakan segala amalan hambaNya walaupun sebesar zarah. Bagusnya khidmat isteri di sertai dengan ikhlas dan rasa kasih sayang pasti akan di balas oleh DIA dengan balasan yang setimpal pula.

Sesungguhnya ilmu itu makanan akal, fikiran dapat di teguhkan dengan rajinnya seseorang itu menambah ilmu. Kekuatan fikiran yang di usahakan itu mestilah di halakan ke arah mencari iktibar dan hikmah berpandukan kepada 4 sumber ilmu syariat iaitu Al - Quran, Hadis, ijmak ulamak dan qias.

"Berfikir sesaat, lebih baik dari dua rakaat sembahyang yang tidak khusyuk"

Dengan meningkatkan daya fikiran, gelombang perasaan akan lebih terpimpin dan nafsu akan lebih terkawal dan akan meningkatkan martabat di sisi Allah.

Sabda Rasulullah saw  :
" Barangsiapa yang di kehendaki oleh Allah akan kebaikan, maka di berinya faham dalam agama".....

Wallahuaklam

#PuanNiza
#KitabMuhimmah
#MemahamiilmurumahtanggaMenurutIslam


*teks adalah salinan semula daripada Facebook Puan Niza. Bahasa yg diguna pakai adalah bahasa kitab. Maaf andai ada yg tidak faham. Smoga Allah beri kefahaman kpd kita semua. Aamiin. Jazakallah

No comments:

Post a Comment